Pengenalan

Pindah kredit boleh berlaku samada menerusi “Pindah Kredit Secara Horizontal” atau
“Pindah Kredit Secara Vertikal” .

“Pindah Kredit Secara Horizontal” bermaksud kredit yang diberikan perpindahan bagi kursus tertentu yang diambil oleh pelajar sama ada di UTM atau di IPT lain dalam tempoh pengajiannya. Kredit kursus yang dipindahkan dikira dalam kredit bergraduat pelajar dan gred kursus diambil kira dalam pengiraan pengiraan PNG dan PNGK pelajar.

Sila baca dan teliti Buku Panduan Akademik UTM bagi perincian berkaiatan pindah kredit ini.

“Pindah Kredit Secara Vertikal” bermaksud kredit yang diberikan pengecualian kepada pelajar berdasarkan kepada kelayakan terdahulu yang diiktiraf oleh Senat. Kredit kursus yang dipindahkan dikira dalam kredit bergraduat tetapi gred kursus tidak diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.

Dalam membantu pengurusan sekolah/fakulti/universiti sistem mohon pindah kredit ini dibuat dan proses yang terlibat boleh dirujuk seperti berikut:

 


:: ::

Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: Rujukan : - /  ::