Pengenalan Praktikum Kaunseling / Internship

Sekolah Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan program Bimbingan dan Kaunseling (PBK) di peringkat Sarjana (MPPB) dan Doktor Falsafah. Latihan Praktikum/Intenship ini adalah bagi memenuhi sebahagian daripada penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) di Universiti Teknologi Malaysia. Walau bagaimanapun Latihan Praktikum/Intenship tidak tertakluk pada program Doktor Falsafah kerana pihak UTM hanya menawarkan program Doktor Falsafah penyelidikan sepenuhnya.

Latihan Praktikum/Intenship merupakan sebahagian daripada kursus dalam program Sarjana Bimbingan dan Kaunseling (MPPB/MHPB). Latihan Praktikum/Intenship adalah selaras dengan garis panduan pelaksanaan Latihan Praktikum/Intenship yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Kaunselor Malaysia.

Proses Latihan Praktikum/Intenship merupakan latihan praktikal untuk melatih pelajar mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari sewaktu mengikuti pengajian dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Pelajar dikehendaki mengikuti Latihan Praktikum/Intenship kaunseling dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak universiti dan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Secara umumnya terdapat tiga objektif utama Praktikum Kaunseling / Intenship seperti berikut :

i Meningkatkan pengalaman serta memantapkan lagi kemahiran kaunseling serta klinikal kepada pelajar di seting yang dipilih (organisasi/institusi/klinik/pusat komuniti) yang menyediakan khidmat kaunseling profesional.
ii Memperkasakan lagi pengaplikasian kemahiran kaunseling lanjutan pelajar dalam meningkatkan lagi tahap profesionalisma dalam profesion kaunseling.
iii Melahirkan pelajar yang kompeten dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman untuk membantu mereka melaksanakan tugas sebagai seorang kaunselor profesional.

  

        
   
   
   

//-

Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::