Pengenalan Praktikum Kaunseling / Internship
Sekolah Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan program Bimbingan dan
Kaunseling (PBK) di peringkat Sarjana (MPPB) dan Doktor Falsafah.
Latihan Praktikum/Intenship ini adalah bagi memenuhi sebahagian
daripada penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan &
Kaunseling) di Universiti Teknologi Malaysia. Walau bagaimanapun
Latihan Praktikum/Intenship tidak tertakluk pada program Doktor
Falsafah kerana pihak UTM hanya menawarkan program Doktor Falsafah
penyelidikan sepenuhnya.
Latihan Praktikum/Intenship merupakan sebahagian daripada kursus
dalam program Sarjana Bimbingan dan Kaunseling (MPPB/MHPB). Latihan
Praktikum/Intenship adalah selaras dengan garis panduan pelaksanaan
Latihan Praktikum/Intenship yang ditetapkan oleh pihak Lembaga
Kaunselor Malaysia.
Proses Latihan Praktikum/Intenship merupakan latihan praktikal untuk
melatih pelajar mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah
dipelajari sewaktu mengikuti pengajian dalam bidang bimbingan dan
kaunseling. Pelajar dikehendaki mengikuti Latihan Praktikum/Intenship
kaunseling dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak universiti
dan Lembaga Kaunselor Malaysia.Secara umumnya terdapat tiga objektif utama Praktikum Kaunseling / Intenship seperti
berikut :
i |
Meningkatkan pengalaman serta memantapkan lagi kemahiran
kaunseling serta klinikal kepada pelajar di seting yang
dipilih (organisasi/institusi/klinik/pusat komuniti) yang
menyediakan khidmat kaunseling profesional. |
ii |
Memperkasakan lagi pengaplikasian kemahiran kaunseling
lanjutan pelajar dalam meningkatkan lagi tahap
profesionalisma dalam profesion kaunseling. |
iii |
Melahirkan pelajar yang kompeten dari segi ilmu pengetahuan,
kemahiran serta pengalaman untuk membantu mereka
melaksanakan tugas sebagai seorang kaunselor profesional. |
|
|
|
|
|