No Perolehan   :   5945   

Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Untuk pra Sekolah Bagi Tajuk Komputer Dan Teknologi”
Norliza Binti Hussin
Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek

Abstrak

 

Perlaksanaan projek sekolah bestari menjadikan aplikasi teknologi multimedia digunakan semaksimum mungkin dalam dunia pendidikan. Ini telah menjadikan teknologi multimedia sebagai satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diiktiraf dalam bidang pendidikan. Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini direka khas untuk memberi pendedahan teknologi komputer kepada kanak-kanak di peringkat awal lagi. Maka dengan itu, pembangun memilih satu tajuk kecil iaitu “Komputer dan Teknologi” di bawah “Komponen Kreativiti dan Estetika” untuk kanak-kanak pra sekolah. Perisian ini dibangunkan mengikut sukatan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan (2003), Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa utama dalam keseluruhan perisian tetapi isi kandungan pelajaran diaplikasikan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Perisian ini dibangunkan menggunakan Bahasa Pengarangan Macromedia Authorware 6.0, Macromedia Flash 5.0, Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere 6.0, Sonic Foundry Sound Forge 4.5 dan dibantu oleh Windows XP. PBK ini dibangunkan daripada gabungan lima elemen utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi yang mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan tidak membosankan. Di harapkan perisian ini dapat membantu mempertingkatkan lagi mutu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sejajar dengan perkembangan teknologi.

Abstract

The smart school program has made the application of multimedia technology to be used as wide as possible in education. In sequence to that, multimedia technology has become an acknowledged teaching aid in the educational field. Computer Assisted Teaching Software (CATS) was specially developed in order to provide the exposure in computer technology to the children in early stage. In view of that fact, developer has chosen a topic is ‘Komputer dan Teknologi’ under the topic “Komponen dan Estetika” for the Pre School National Curriculum syllabus (2003), Ministry of Malaysia Education. Bahasa Melayu was used as the main language in the software and dwi languages, Bahasa Melayu and English were used in the topics. This software was developed using the Macromedia Authorware 6.0 authoring language, Macromedia Flash 5.0, Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere 6.0, Sonic Foundry Sound Forge 4.5 with windows XP operating system. The CATS was developed with the combination of five main multimedia elements namely text, graphics, audio, video and animation. These elements are able to enhance effective learning. It is hoped that the software can increases the merit of teaching and learning in the same line with technology development.

No Perolehan : 5945
ID & Nama Penyelia : 9034 : Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek
Rujukan Atas Rak : 5945/2004
Program pengajian/Kursus : SPK : 0
Peringkat pengajian : Sarjana Muda
Bidang Penyelidikan : 4 : Bahan Berkaitan Kajian Dalam Bidang Pendidikan Islam
Bidang Kajian : L1 : Computer Aided Learning
L7 : Ict
PDF P (Teks Separa) : p_2004_5945_c74ec328a3384194b87b8d1066991ff8.pdf

 

 


EPS01//

Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::