No Perolehan   :   5454   

Penggunaan Sudut-sudut Pembelajaran Untuk Meransangkan Mainan Aktif Dan Kreatif Di Kalangan Pelajar Pra Sekolah Annex Di Dalam Persekitaran Amalan Bersesuaian Perkembangan.
Goh Wah Im.

Abstrak

 

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan sudut-sudut pembelajaran dalam satu persekitaran amalan bersesuaian perkembangan dalam merangsangkan mainan aktif dan kreatif dikalangan pelajar prasekolah Annex di daerah Pontian. Pada masa yang sama, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang memberi tekanan kepada pendidikan prasekolah yang berpusatkan pelajar dan mempraktikan amalan bersesuaian perkembangan serta pelaksanaan sudut-sudut pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebanyak 15 prasekolah dan 45 responden terlibat di dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif digunakan untuk menganalisa data-data bagi statistik deskriptif dan kaedah kualitatif digunakan dalam pemerhatian pelajar dan temuramah dengan pelajar-pelajar serta guru-guru prasekolah. Kajian ini telah menunjukkan sudut-sudut pembelajaran dapat merangsangkan permainan aktif dan kreatif dikalangan pelajar prasekolah. Kaedah “main sambil belajar” dan pengajaran berpusatkan pelajar yang dilaksanakan dalam prasekolah Annex ini, memberi peluang kepada pelajar-pelajar prasekolah ini untuk berinteraksi dengan persekitaran serta membantu perkembangan mereka secara menyuluruh dan bersepadu. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah yang dijadikan rujukan standard pendidikan prasekolah yang berkualiti telah dilaksanakan dengan baik di semua prasekolah Annex ini. Dapatan kajian ini juga menunjukkan kepentingan main dalam pembelajaran kanak-kanak dan pendidikan prasekolah merupakan pendidikan yang penting dalam proses pendidikan manusia.

Abstract

The Main Aim Of This Research Is To Study The Use Of Learning Centers In Stimulating Active And Creative Play Among Preschool Children In A Developmentally Appropriate Environment In The Annex Preschools In The District Of Pontian. At The Same Time, This Research Intends To Study The Implementation Of The National Preschool Curriculum In The Annex Preschools Which Instills Student-centered Learning In A Developmentally Appropriate Environment That Inculcates Learning Centers In The Classroom. Fifteen Preschools And 45 Respondents Were Selected For This Research. Both Quantitative And Qualitative Research Methods Were Used. Quantitative Methods Were Used In Analyzing The Data And Reporting In The Form Descriptive Statistics While Qualitative Methods Were Used In Observations Of Preschool Children’s Play And Interviews With Selected Respondents And The Preschool Teachers. Findings From The Research Shows That Learning Centers Stimulate Active And Creative Play Among Preschool Students In A Developmentally Appropriate Environment That Implements Child-centered And Child-initiated Learning. The Children Interact With The Environment And Their Peers Encouraging Development In The Various Domains. The National Preschool Curriculum, The Standard Reference Of Quality For All Preschools, Was Implemented In The Annex Preschools This Year 2002 And Findings From This Study Shows That This New Curriculum Is In Place In All These Preschools And The Assessment Of The Respondents Shows Progress In Their Development After Six Month In The Program. The Study Also Shows That €play” Plays An Integral Part In Children’s Learning And That Preschool Is An Important Part Of The Education Process.

No Perolehan : 5454
ID & Nama Penyelia : 0000 : [tiada Rekod]
Rujukan Atas Rak : 5454/2002
Program pengajian/Kursus : 000 :
Peringkat pengajian : Sarjana Muda
Bidang Penyelidikan : 4 : Bahan Berkaitan Kajian Dalam Bidang Pendidikan Islam
Bidang Kajian : ZZZ : [ Tiada Rekod ]
PDF P (Teks Separa) :

 

 


EPS01//

Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::