No Perolehan   :   2804   

Rekabentuk Pembangunan Perisian Berbentukan Komputer (pbk) Yang Bertajuk Mengenal 7 Buah-buahan Tempatan Untuk Peringkat Kanak-kanak Pra Sekolah.
Mohd Kamarul Adhar Bin Abd Aziz
Megat Aman Zahiri B Megat Zakaria

Abstrak

 

Rekabentuk perisian berbantukan komputer (PBK) dibangunkan bertujuan menyediakan satu PBK yang bertajuk Mengenal 7 Buah-buahan Tempatan yang bersesuai pada peringkat kanak-kanak pra sekolah. Pembangunan PBK ini, berlandaskan teori-teori pengajaran dan pembelajaran. Teori-teori humanistik, teori tingkahlaku dan teori kognitif menjadi panduan yang berguna dalam rekabentuk PBK ini. Di samping itu, rekabentuk mengetengahkan nilai-nilai yang baik seperti bertanya khabar, ucapan terima kasih pada akhir proses pembinaan dan sebagainya. Proses-proses rekabentuk PBK melibatkan model-model rekabentuk seperti model ASSURE, Model PIE dan Model ADDIE. Komputer sebagai elemen utama dan penting perlu dilengkapkan dengan perkakasan-perkakasan yang baik. Dalam pada itu perisian-perisian untuk pembangunan komputer perlu dimasukkan ke dalam sistem komputer. Kandungan PBK ini mengandungi 3 aspek utama iaitu pembelajaran, latihan dan permainan. Antara buah-buahan yang menjadi isi kandungan PBK ialah nanas, belimbing, rambutan, manggis, durian, pisang dan mangga. Dalam pada itu aspek-aspek multimedia seperti grafik, audio, video, teks dan animasi turut dipersembahkan pada setiap paparan.

Abstract

Computer Aided Instruction (cai) Software Design Is Developed To Prepare Cai On The Topic €identifying 7 Local Fruits” That Is Applicable On Children Of Pre-school Level. The Development Of This Cai Is Based On Teaching-learning Theories. Humanistic Theories, Behaviorist Theories And Cognitive Theories Is A Useful Guideline For Designing This Cai. Apart From That, The Design Put Into Practice Good Values Such As Greetings And Expressing Gratitude At The End Of The Software Development. The Cai Design Process Involved Design Models Namely Assure Model, Pie Model And Addie Model. Computer As The Primary Element And Has To Equipped With Good Hardware. Additionally, Software For Computer Development Has To Be Installed Into The Computer System. This Cai Contains 3 Main Aspects, Which Are Learning, Exercise And Games. The Fruits Involve Din The Content Of This Cai Are Pineapple, Star Fruit, Rambutan, Mangosteen, Durian, Banana And Mango. Besides, Multimedia Aspects Like Graphic, Audio; Video, Text And Animation Are Presented On Every Page.

No Perolehan : 2804
ID & Nama Penyelia : 7229 : Megat Aman Zahiri B Megat Zakaria
Rujukan Atas Rak : 2804/2003
Program pengajian/Kursus : Spa :
Peringkat pengajian : Sarjana Muda
Bidang Penyelidikan : 4 : Bahan Berkaitan Kajian Dalam Bidang Pendidikan Islam
Bidang Kajian : L1 : Computer Aided Learning
PDF P (Teks Separa) :

 

 


EPS01//

Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::