No Perolehan   :   2768   

Aplikasi Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Peringkat Pra Sekolah Di Daerah Kudat, Kota Belud Dan Tuaran, Sabah.
Sherazad Binti Abdul Rahman
Adnan Bin Ahmad

Abstrak

 

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti aplikasi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Seramai 40 orang sampel dipilih dari 3 buah daerah di Sabah iaitu daerah Kudat, Kota Belud dan Tuaran. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data daripada responden dan data yang diperolehi diproses menggunakan SPSS 10.0 for Windows untuk mendapatkan peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru memberikan reaksi yang positif dan dikuti dengan penerapan guru terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kekangan berlaku terhadap pelaksanaan kemahiran tersebut tetapi bukan satu perkara yang serius kerana dapatan kajian menunjukkan faktor ini berada ditahap neutral. Walau bagaimanapun penggunaan Bahan Bantu Mengajar masih berada ditahap yang rendah. Oleh sebab itu, guru perlu meningkatkan dan menggunakan pelbagai teknik pengajaran serta pelbagai Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk kemahiran tersebut.

Abstract

This research is undertaken to ensure the proper application of critical and creative thinking skills in the teaching and learning process at the pre-school level. The total of samples from this research was 40 people residing in three districts in Sabah consist of Kudat, Kota Belud and Tuaran. Questionnaires are utilized to acquire data from respondents. The data is processed using SPSS 10.0 for Windows software in order to get the percentage and min. According to the result obtained, shows that the knowledge teachers were give positive reaction and understanding on the need to instill critical and creative thinking skills. Some minor problem was found in the implementation of skills. But this is not considered serious because the result shows that is minor factor to be in the neutral stage. However, teaching facilities was still in lower level. Therefore, teachers must enhance, improve and utilize every educational technique and using various teaching facilities in the process of teaching and learning for critical and creative thinking skills.

No Perolehan : 2768
ID & Nama Penyelia : 7377 : Adnan Bin Ahmad
Rujukan Atas Rak : 2768/2003
Program pengajian/Kursus : SPH : 0
Peringkat pengajian : Sarjana Muda
Bidang Penyelidikan : 4 : Bahan Berkaitan Kajian Dalam Bidang Pendidikan Islam
Bidang Kajian : AB2 :
PDF P (Teks Separa) :

 

 


EPS01//

Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::