No Perolehan   :   2752   

Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik, Pra Sekolah Mengenal Angka 0 Hingga 9.
Mohd Nor Azizi Bin Siron
Megat Aman Zahiri B Megat Zakaria

Abstrak

 

Potensi dan kecanggihan teknologi yang terus berkembang pada masa kini perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Lantaran itu, penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan satu langkah ke hadapan untuk mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Dewasa ini, konsep pembelajaran berbantukan komputer (PBK) menjadi semakin popular apatah lagi setelah diperkenalkan sekolah bestari. Namun bilangan perisian-perisian pembelajaran interaktif dalam bahasa pengantar kebangsaan adalah kurang, ditambah kurikulumnya yang tidak memenuhi sukatan pelajaran. Maka usaha perlu dilakukan untuk memperbanyakkan perisian-perisian pembelajaran dalam bahasa kebangsaan disamping merangkumi pelbagai matapelajaran. Untuk mencapai matlamat ini, golongan pendidik itu sendiri perlu melibatkan diri sehingga mampu merekabentuk dan menghasilkan perisian pembelajaran mengikut corak pemikiran sendiri. Justeru itu, satu perisian PBK bertajuk “Matematik Pra sekolah Mengenal Angka” telah dibangunkan. Perisian ini disasarkan untuk pelajar-pelajar pra sekolah yang mengambil matapelajaran matematik. Rekabentuk perisian ini merangkumi isi pelajaran, aktiviti, penilaian dan disertakan dengan klip video yang berkaitan. Perisian gubahan Authorware 6.5 telah digunakan sebagai alat pembangunan utama. Elemen-elemen multimedia yang dimuatkan dalam perisian PBK ini pula telah digubah atau dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian sokongan seperti Ulead Cool 3D, 3D , Adobe Photoshop, Macromedia Flash, Adobe Premier, , Sound Forge dan beberapa perisian lain.

Abstract

Today’s Ever Expanding Technological Advancement And Potential Should Be Manipulated Extensively. In This Case, The Application Of Computer Technology In Educations Is A One Step Forward In Our Ambitions To Create A Technological Advanced Society In Conjunctions With Vision 2020. Recently, The Concept Of Computer Aided Learning (cal) Has Become Quite Popular Among The Educational Society Especially After The Foundations Of Smart Schools. Unfortunately, Today's Local Educational Software Are Among A Rare Items And Some That Exist Are Hardly Fulfill The Syllabus. In This Case, Something Has To Be Done To Increase The Number Of Local Educational Software Exist In The Market In The Near Future. To Achieve This Goal, It Is Up To The Educators Involvement In The Business To Design And Produce An Educational Software Worthy For The Local Use. To Answer This Call, A Software Titled €matematik Pra Sekolah Mengenal Angka” Has Been Developed. This Software Was Targeted For Kindergarden Student In The Subject Mathematics. The Design Of This Software Consist Of Contents, Activity, Evaluation With Audio And Video Reference. The Authoring Software Used Is Authorware 6.5. Multimedia Elements Inside Was Developed Using Several Software Like Ulead Cool 3d, 3d , Adobe Photoshop, Macromedia Flash, Adobe Premiere, Sound Forge And Several Others.

No Perolehan : 2752
ID & Nama Penyelia : 7229 : Megat Aman Zahiri B Megat Zakaria
Rujukan Atas Rak : 2752/2003
Program pengajian/Kursus : Spe :
Peringkat pengajian : Sarjana Muda
Bidang Penyelidikan : 4 : Bahan Berkaitan Kajian Dalam Bidang Pendidikan Islam
Bidang Kajian : L1 : Computer Aided Learning
PDF P (Teks Separa) :

 

 


EPS01//

Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::