No Perolehan   :   2572   

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Mengenal Abjad Bagi Peringkat Pra Sekolah.
Shidatunnaim Binti Mahmud
Megat Aman Zahiri B Megat Zakaria

Abstrak

 

Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu alternatif baru dalam dunia pendidikan. Ia wujud sejajar dengan perkembangan sistem maklumat pada masa kini. PBK ini bukan sahaja salah satu bahan bantu mengajar yang menarik, malah ia telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan tidak membosankan. . Sehubungan dengan itu, pembangun telah membangunkan satu perisian PBK Mengenal Abjad bagi pelajar-pelajar pra sekolah. Ia direka khas untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar dalam penggunaan komputer. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authoware 6.0 bersama-sama perisian lain seperti Adobe Photoshop 7.0, Ulead Cool 3D 3.0, Ulead Gif Animator dan Sound Forge 4.5. Berasaskan kepada konsep PBK penggabungan elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, dan audio telah dilakukan agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan mampu menarik minat pelajar dalam aktiviti pembalajaran. Perisian ini juga dapat membantu para pendidik ke arah mempelbagaikan corak pembelajaran kanak-kanak agar menjadi lebih berkesan. Melalui penggunaan perisian ini diharapkan mutu sistem pendidikan akan dapat ditingkatkan pada masa akan datang.

Abstract

Computer Bassed Learning (CBL) is one of new alternative in our education system. It comes because of the development of information technology in our country. CBL is not just one of the interesting teaching tools, but it can make teaching and learning processes be more effective and less bored. Therefore, designer has designed an education software titled Introduction to Alphabet for pre school children. That software was developed using Macromedia Authoware 6.0 and supported by Adobe Photoshop 7.0, Ulead Cool 3D 3.0, Ulead Gif Animator and Sound Forge 4.5. based on aspect in CBL, elements like text, graphics, animations and audio are combined to make this software more interesting and can maintain user’s attention to the learning activity. This software is developed to give early exposure to students in using computer. This software is also can help teachers in variety their teaching approach to be more effective by using computer. There are hopeful that this software will increasing the quality of our education system onwards.

No Perolehan : 2572
ID & Nama Penyelia : 7229 : Megat Aman Zahiri B Megat Zakaria
Rujukan Atas Rak : 2572/2003
Program pengajian/Kursus : SPG :
Peringkat pengajian : Sarjana Muda
Bidang Penyelidikan : 4 : Bahan Berkaitan Kajian Dalam Bidang Pendidikan Islam
Bidang Kajian : L1 : Computer Aided Learning
L7 : Ict
PDF P (Teks Separa) :

 

 


EPS01//

Copyright © 2012 Universiti Teknologi Malaysia

:: ::